PUTRAJAYA: Peningkatan permintaan dan pembelian telur ayam yang mendadak sebelum, semasa dan selepas cuti Tahun Baharu Cina menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam ketika ini, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.
Dalam kenyataan hari ini bagi mengulas isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran, beliau berkata, terdapat juga ladang ternakan ayam dan telur serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang dua hari cuti umum Tahun Baharu Cina, malah ada yang cuti lebih lama sempena perayaan itu.
Katanya, faktor-faktor tersebut menjadi punca kelewatan dalam membekalkan telur dari ladang ke pemborong dan peruncit di beberapa tempat seperti di Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak.
"KPDNHEP yakin bekalan telur akan kembali stabil dan keberadaannya akan meliputi semua lokaliti di Malaysia apabila ladang pengeluar telur ayam serta syarikat logistik penghantaran beroperasi semula tidak lama lagi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan terdapat masalah bekalan telur tidak mencukupi seperti di Terengganu sejak sebulan lalu yang memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.
Menurut Azman, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta telur sebulan di seluruh negara.
Berdasarkan data pengeluaran telur ayam daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluarannya di negara ini, 839,281,658 biji telur ayam telah dikeluarkan pada Disember 2021, manakala pengeluaran bagi Januari lepas pula diunjurkan sebanyak 839,882,296 biji.
Menurut Azman, sehingga semalam, 91 peratus ketersediaan bekalan telur ayam dalam pasaran negara direkodkan, menunjukkan bekalan telur ayam adalah stabil dan mampu memenuhi permintaan semasa pengguna.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak membuat pembelian panik atau lebih daripada kebiasaan kerana isu bekalan yang berlaku adalah terpencil dan akan kembali normal serta stabil selepas cuti Tahun Baharu Cina seperti yang dimaklumkan pemain industri.
Katanya, KPDNHEP juga telah mengarahkan semua peruncit memperbaharui stok di premis masing-masing serta menghubungi pemborong dan pengeluar sekiranya stok mereka jatuh ke paras had pesanan semula.
"Kami juga telah mengarahkan supaya peruncit melaksanakan pembelian terhad jika perlu untuk memastikan lebih ramai pengguna dapat membeli telur ayam," katanya.
Azman berkata, pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari terhadap kedudukan bekalan barangan keperluan utama di setiap rantaian pengedaran iaitu di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong dan peruncit. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Pengguna dinasihat tidak membuat pembelian panik atau lebih daripada kebiasaan kerana isu bekalan yang berlaku adalah terpencil dan akan kembali normal serta stabil selepas cuti Tahun Baharu Cina. - Gambar fail
Bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia dijangka hari ini
Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.
New Zealand alami kekurangan bekalan telur
Penduduk New Zealand mengalami kekurangan bekalan telur ayam sejak lebih sebulan yang turut menjejaskan hidangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.